MEMBAYAR ANSURAN BERJUMLAH RM395,640 UNTUK MILIKI RM224,660 PADA 30 TAHUN AKAN DATANG!!! - loan ASB, berbaloikah??? Ramai kakitangan awam membuat pelaburan jangka panjang dengan membeli saham ASB, ia suatu perancangan yang baik, namun melabur menggunakan modal pelaburan daripada pinjaman daripada bank membuatkan diri pelabur terperangkap untuk jangka panjang, pelabur perlu menilai semula adakah apa yang dibuat itu berbaloi. Merujuk kepada jadual pembiayaan ASB oleh maybank pinjaman rm200,000 untuk tempoh bayaran 30 tahun maka pelabur perlu bayar balik rm1099 selama 360 bulan, maknanya rm1099 x 360 bulan = rm395,640.00 Biasanya pihak pemberi pinjaman akan beritahu pelabur yang juga peminjam iaitu antara faedah pembiayaan ASB ini ialah; 1. pelabur tidak perlu guna duit sendiri untuk bayar balik pembiayaan ini, tahun pertama boleh ambil daripada jumlah rm200,000 itu. 2. Pelabur tak perlu bayar pembiayaan ini tiap tiap bulan daripada wang sendiri, mulai tahun kedua hingga ...