Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Jgn nak murah sangat harga insuran/takaful kenderaan yee...

BELI VOLKSWAGEN (ATAU SEBARANG KERETA) MAKAN DIRI JIKA BELI KERETA TANPA INSURANS DENGAN TERMA "AGREED SUM INSURED" Malam aidilfitiri 2019 yang lepas,dunia aku rasa gelap gelita. Bila aku keluar dari kereta selepas kereta terbabas dan jatuh ke dalam gaung (10 meter), isteri aku berlari keluar kereta sambil menangis mencari anak-anak yang tercampak keluar dari kereta waktu kereta bergolek 3 kali ke bawah gaung dari atas jalan. Syukur, hanya cedera dan pendarahan tanpa sebarang benda yg lebih buruk lagi berlaku pada anak anak. Video kemalangan di sini :  https://youtu.be/xSEjAWyeQx4 Malam tu, urusan kemalangan aku Allah mudahkan. Dari ambulans, bantuan orang kampung, wad kecemasan, laporan polis, laporan insurans, kumpul dokumen untuk insurans claim dan rawatan susulan anak yang cedera perlu tukar harian balut luka dia. Dalam posting ni, aku cuma nak pesan 1 je. Kalau nak beli kereta tu , pastikan insurans korang ada masukkan "agreed sum insured" atau apa saj...