Langkau ke kandungan utama

Jgn nak murah sangat harga insuran/takaful kenderaan yee...

BELI VOLKSWAGEN (ATAU SEBARANG KERETA) MAKAN DIRI JIKA BELI KERETA TANPA INSURANS DENGAN TERMA "AGREED SUM INSURED"
Malam aidilfitiri 2019 yang lepas,dunia aku rasa gelap gelita. Bila aku keluar dari kereta selepas kereta terbabas dan jatuh ke dalam gaung (10 meter), isteri aku berlari keluar kereta sambil menangis mencari anak-anak yang tercampak keluar dari kereta waktu kereta bergolek 3 kali ke bawah gaung dari atas jalan. Syukur, hanya cedera dan pendarahan tanpa sebarang benda yg lebih buruk lagi berlaku pada anak anak.
Video kemalangan di sini : https://youtu.be/xSEjAWyeQx4
Malam tu, urusan kemalangan aku Allah mudahkan. Dari ambulans, bantuan orang kampung, wad kecemasan, laporan polis, laporan insurans, kumpul dokumen untuk insurans claim dan rawatan susulan anak yang cedera perlu tukar harian balut luka dia.
Dalam posting ni, aku cuma nak pesan 1 je. Kalau nak beli kereta tu , pastikan insurans korang ada masukkan "agreed sum insured" atau apa saja nama yg setara, zero gap ke...apa ke... pastikan benda ni ada sebelum kereta korang keluar dari showroom.
Pasal, benda kalau tak jadi tak apa. Kalau jadi macam aku? Diri sendiri yang susah.
Dalam beberapa hari lepas kemalangan, aku syukur sebab ada kawan2 yg bantu kereta sokongan sampai masalah kereta aku selesai. Aku memang ingat korang tolong aku. Aku ingat.
Waktu ambil insurans dulu, aku tambah special peril, dan windshield. Tapi silap aku tak tambah agreed sum insured. Agen aku pun takde cakap berkenaan benda ni. Jadi, untuk kes aku ni, insurans hanya akan cover maksimum sampai market value kereta.
Engko beli volkswagen, memang aku puji. Kereta VW ni memang comfort. Terbaikdan tip top. Tapi slack dia pada resale/market value especially lepas kes DSG gearbox diorang, harga kereta beli 160k, 3 tahun kemudian jadi Rm50k untuk kereta model Passat.
Untuk kes aku, long story short, aku kena tambah lagi RM15-20k untuk kambus hutang kereta VW aku ni sebelum aku boleh usha pasaran kereta baru/ terpakai.
Jadi, kesimpulannya adalah seperti berikut, beli kereta beli la apa saja yang kau suka. Tapi belilah sekali dengan "agreed sum insured" sebelum keluar dari showroom. Kalau ko tak beli lagi, belum terlambat. Nanti nak renew road tax, tambah sikit terma agree sum insured ni. Ha, supaya dapat cover loan dekat bank esok just incase apa2 hal jadi.
Aku ni macam jatuh, lepas tu kena timpa tangga. Dahla beraya tak seronok sebab kecederaan semua, tambah lagi masalah hutang kereta jadi bawah BER ni.
Jadi, biarlah benda ni jadi kat aku. Tapi, korang belajarlah dari aku. Belilah insurans kereta dengan agree sum insured. Kalau ko baca mesej posting ni sampai sini, ko memang kawan aku. Aku syg ko. Cepat pergi betulkan polisi insurans.
-------------------------------------------
Secara ringkasnya, untuk posting ni ada beberapa action plan yg korang kena buat. Sebagai suami yg baik/ayah yang baik/owner kereta yang baik .
1. Pastikan Polisi Insurans Kereta - 1st party, comprehensive, ada "agreed sum insured". Lagi baik ada tambah special peril dan windscreen.
2. Pastikan anak yang duduk dibelakang, duduk dengan pasang seat belt. Ada child seat , pastikan telah lock pada ISOFIX tempat duduk dan dipasangkan seat belt.
3. Pastikan tayar dalam keadaan baik dan tidak terlalu tua umurnya. Walaupun bunga masih banyak, jika tayar dan tua, sila tukar kerana tayar sudah kurang grip dengan jalan.
P/S:
- just google to learn more about “agreed sum insured”
- doakan untuk saya dan keluarga agar kembali pulih seperti sediakala
- doakan untuk saya agar terbuka pintu rezeki untuk cari duit seketul RM20k nak bayar outstanding dengan bank dalam masa 30 hari










Saya ada terangkan perbezaan antara first party comprehensive dan third party fire and theft..
lick link dibawah...

click lah link dibawah supaya anda mudah mencari saya..

Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremin... website: https://roadtaxremindermal.wixsite.co... Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremi... Personal instagram: https://www.instagram.com/helmikamaru... Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHD... Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogs... Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax

Sharekan kepada rakan anda, mungkin anda mmg tahu, tapi masih ramai lagi yang belom tahu.
terima kasih..
























Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...