Bidang seni kreatif ni bukan mudah
seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains,
namun kini tidak seperti dahulu.
Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam
menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali.
Semuanya berpunca dari pekembangan
pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti
berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja
kerjayanya.
Btol k? meh sini nak terangkan..
1. Ko nak balik ontime?
Mana boleh.. kalau cari kerja yang
work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda.
Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik
ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih
masa dan bersengkang mata.
Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang
best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in
1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi.
Selagi boss kata balik, korang jgn
ingat boleh balik.
2. Pembetulan demi pembetulan.
Tak kiralah design korang cantik,
interakfif mcm mana pun – Pasti aka nada yang client suruh tukar, bila dah
ikut, tuka lagi, bila tukar lagi dan lagi.. last2, saya rasa design yg kedua tu
lagi cantik la…. Tapi tuka warna… itu biasa dik.
3. Tak boleh kena reject? Jangan
masuk la industry ni..
Reject ni hari2 hena hadap, redo,
redo, dan redo, ada sebab kita disarankan utk redo2 ni, kebiasaanya 20 idea
terawal ad akita tiru idea org lain, sampai dah nak gila, baru idea kita
sendiri akan kluar yang tak pernah org buat. Sebab itulah kena banyak sabar dan
redo, murid2 saya dulu.. jgn marah saya ya… saya suka dorang buat banyak kali
dulu… heheheh
Contoh nak buat laman web, banyak page
yang kita kena buat. Setiap page ada design yang lain2 selama seminggu direct
korang buat, bila tunjuk dekat client dia cakap tak best lah, buat baru..
takpe, saya bayar dekat boss awak. Boss yg dapat kita tak dapat.. buat baru
lagi. Situasi ni sering berlaku ya.
4. Gaji tidak setimpal.
Bayangkan dulu saya minta kerja dekat advertising company lepasan u gaji 1300 ja. Kerja mcm nak gila, tdo mandi semua dekat studio.. balik rumah utk tuka baju ja… baik jadi freelance ja, gaji dibayar ikut jenis servis yang korang minta buat. Tak dinafikan, ada yang bergaji besar, tap semuanya tu dalam bidang penyiaran, kalau pengiklanan ni lebih kurang ja….
5. Korang sebenarnya tidak boleh kluarkan segala idea kreatif yang korang ada sebenarnya,
contohnya :
korang siapkan satu hasil kerja yang abis cun lah kiranya, boss kita suruh tukar ikut idea dia yang dah berumur 50 tahun tu.Alih2 korang akan kurangkan sedikit kualiti kerja anda utk memenuhi kehendak boss atau client anda. Sbb tu kalau kita tengok tv n ikan? Jurang kualiti hasil kerja tu jauh sangat, padahal pereka tu bukan tak ada bakat, mereka berbakat, Cuma faktor boss dia tu dah terbiasa dengan design yang lama, faham kan tv mana yang saya maksudkan?
Setiap design ada syarat dan terma yang tertentu, saiz font pun ada yang kita mesti kena ikut, contoh dalam setiap iklan tepi jalan, tidak perlu tulisan banyak2, maximun pemandu boleh lihat iklan kita tu dalam 2 ke 3 saat Sahaja. Kalau ditulis kecik2, driver tu kena berhenti la plak. Lain pula kalau tempat tu hari2 jem.. boleh banyakkan sedikit tulisan tu. Nampak tak? Semua tu mereka ada belajar tau. Bukan main letak je.
Jangan Putus Asa.
Saya tak kata jgn ambik bidang kreatif ni, berapa ramai graduan kreatif ni setiap tahun? Ramai beb, tapi kemana mereka skrg? Kenapa tukar bidang? Sbb tak sanggup nak hadap karenah org hari2, kena maki hari2, perah idea baru hari2, bidang kreatif ni bukan kerja yang berulang ya… harus fresh. Saya rasala, tak sampai 1% pun graduan seni ni ada dalam industry. Tapi saya tak menyesal pun belajar seni ni. Kalau tak, saya pun tak berani nak kluar di media social mcm ni, bercakap.. semuanya atas dasar keperluan untuk terus hidup. Saya tak buat konten merapu viral ya, sb btu saya lambat naik, dan saya bukan smart mana pun. Follow lah kalau rasa video ni bermanfaat. Assalamualaikum.
HELMI KAMARUDIN
Sales & Marketing
Executive
(AHIMSA VEGE HEALTH FOOD INDUSTRIES)
Email :
helmi@ahimsa.com.my
No Tel : 016-216
3949
WhatsApp : http://www.wasap.my/+60162163949/helmiahimsa.
Certification:
HALAL, ISO2200, HACCP, GMP, BUATAN MALAYSIA
Helmi
Social Media All link : https://linktr.ee/helmirrm
Group Telegram : https://t.me/+lCvCMrPTFtphYzc1
Our online shop
Website: https://ahimsa.com.my/
Shopee frozen:
https://shopee.com.my/ahimsafrozenfood
Shopee non
frozen: https://shopee.com.my/ahimsavegehealth
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/ahimsa-vege-health-food
Medsos
Tiktok: https://www.tiktok.com/@ahimsahq
Facebook:
https://www.facebook.com/AhimsaVegeHealth
Intagram: https://www.instagram.com/ahimsavegehealth/
Youtube:
https://www.youtube.com/@ahimsavegehealth585