Langkau ke kandungan utama

Detik Permulaan Menceburi Bidang Perniagaan part 3


Pengalaman Pertama Berniaga secara serius.

2012- Bukak Dobi Layan diri

Semasa kerja sebagai sales di syarikat2 kereta yang ada, bermacam2 jenis kenderaan yang saya jual, termasuklah kereta tempatan dan kereta import. Pada masa itu, saya membuat promosi menjual secara Offline. Apa yang dimaksudkan secara offline ni? meh nak terangkan..

Marketing secara offline ini termasuklah banner, bunting, flyers dan macam2 lagi. roadshow takyah cakap lah, mmg selalu buat. Saya pernah edar flyers rumah ke rumah guys, panas nak mampus rasanya. rumah flat dan kondo takyah cakap. mmg wajib buat sebab rumah sebegini ade ruang peti pos mereka kan? mudah dan pantas skit proses masukkan flyers dalam peti surat tuh. Banting pun sama, saya pacak haram je di mana2 kawasan, main paku je mana2 nak paku. Buat kerja ni malam2, kerana saya gantung banting takde lesen, nnt kena tangkap.. wakakakakka.. saba je lah, nak duit punya pasal buat je lah.

dimasa kegemilangan menjual kereta, saya ada terfikir untuk membuka dobi layan diri, pada masa itu tak ada lagi dobi layan diri dengan membuka kedai dan buat secara Francais. Kalau diikutkan, saya kiranya mcm pioneer lah, cewah... Nak bukak, tapi modal tak kencang, dengan bermodalkan 50k, saya setup simple2 je, sebab baru nak mula kan? modal tu pun saya kongsi dengan rakan saya 50-50. Jadi keuntungan bahagi 2 lah. Mase tu baru lepas kawin dalam 5 bulan kot. Bini pun tengah mengandung masa tu.






Ini nama dia setup bajet, hehehehehe... nampak mcm murah kan? tapi percayalah, modai nak buat tak semurah yang dijangka. Bapak mertua pun datang tolong setupkan dobi nih. padahal bapa mertua aku bukan calang2 org beb dalam Telekom, Aku tabik dekat dia dia sanggup berkotor dan berdebu utk tolong aku.

Pada masa ini, saya dan isteri tinggal di dalam kedai kami bahagian belakang, Pengalaman sungguh beb. Bini mengandung, tinggal bilik belakang tuhlebih kurang 6 x 15 kaki kot rasanya. Siap ade dapur utk memasak. bila teringat kisah ni, boleh menangis beb. Dobi ni buka 24 jam, bayangkan, kalaulah kami kena rompak, astagfirullah.. mintak dijauhkan...

ini semua gambar2 sebelum tambah mesin lagi nih. Bukak dalam 4 bulan, sales pun dah ada, Partner pulak buat hal, tipu... terkapai2 lah kami laki bini dalam kedai tu. sales semua saya masukkan dalam acc company tu. Tapi kawan saya sakau semua, msg, kol fb semua dia blok. saya pun tak faham masa tu, Kawan dah lama tu, dia start berubah semenjak dia ade awek, awek dia menghasut rakan saya supaya jangan pertner dengan saya dah. Sewa tak bayar, bill api semua tertunggak. Saya malas nak fikir banyak, kami tutup kedai tu. Jual semua barang, dan bayar hutang2 yang ada, siap saya pulak kena tambah duit tu, adalah dalam 5k lagi baru settle semua hutang. Nasib baik masa tu sales menjual kereta tengah menjadi2 jadi masa tu.

Jadi saya cari pula rumah sewa, puas pusing di sekitar bangi dan kajang, siap ada yang interview lagi masa nak menyewa tu. Kelakar pun ada, dah macam nak mintak kerja, siap isi resume tu, feh padahal nak sewa rumah flat je masa tu, tingkat 4 pulak tu, Bini tengah sarat mengandung,


Bersambung.....

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
     (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
          google_ad_client: "ca-pub-9706127892478995",
          enable_page_level_ads: true
     });
</script>