Langkau ke kandungan utama

Apabila Kemalangan, apa perlu dibuat? Towing Free sebenarnya.


1.   Jangan panik dan kawal emosi. Kalau kena langgar mesti nak mengamuk, tapi takde guna pun mengamuk. Buat cool je, nampak profesional skit.

2.   Pastikan orang disekeliling kita selamat. Kalau cedera parah, gunakan talian kecemasan dan terus panggil ambulans.

3.   Inform keluarga terdekat.

4.   Ambil gambar tempat kejadian. Mesti nampak kenderaan kita dengan no. plat yang jelas di tempat kejadian. Gambar detail/close up kerosakan tak perlu. Gambar ni penting sebab bengkel panel insurans akan minta gambar ni nanti untuk dihantar semasa claim insuran. Kenapa dibuat macam ni? Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah untuk mengelakkan claim palsu.

5.      Hubungi syarikat insuran kenderaan. Penting untuk semua pemandu kereta tahu perihal insuran kenderaan masing-masing. Kalau kereta teruk sangat, minta syarikat insuran aturkan perkhidmatan tow truck. Kalau keadaan mengizinkan, drive terus ke balai polis trafik untuk buat laporan. Kalau kereta kena tow, suruh dia pergi ke balai polis terlebih dahulu untuk buat report polis. Polis akan ambil gambar kenderaan dan kerosakan yang dialami.

6.   Report polis sangat penting untuk claim insuran kenderaan. Buat laporan dalam masa 24 jam daripada masa berlaku kejadian.

7.   Bagi kes salah orang lain, dalam hal ni orang belakang langgar kita, memang salah dia, biasanya laporan penuh tu tak perlu sebab polis perlu lakukan siasatan dulu dan siasatan ni ambil masa. Laporan takkan siap on-time. Bila dah siap, bengkel akan hantar runner untuk ambil laporan penuh. Jadi lepas buat laporan dan ambil gambar boleh balik dan boleh suruh tow truck hantar kereta ke bengkel.

8.   Semua kerosakan mesti dimasukkan ke dalam laporan. Kalau airbag terbuka semasa kemalangan, beritahu pegawai polis supaya ambil gambar.

9.   Pergi bengkel pada hari yang sama sebab ada borang yang perlu ditandatangani. Dokumen yang perlu dibawa sekali adalah salinan kad pengenalan, salinan lesen, salinan geran kenderaan (lepas setahun dah boleh minta geran daripada bank) dan salinan polisi insuran.

1.  Bengkel akan uruskan segalanya submit claim pada pihak insuran. Tunggu kereta siap.
Dalam kes saya, lepas 8 hari bekerja dapat notification daripada Et**a yang claim saya telah diluluskan. Maka bermulalah proses repair.
Bergantung kepada kerosakan, tempoh masa untuk repair kereta boleh ambil masa sehingga seminggu, bingga ke 3 bulan sebab ada prosedur yang perlu diikut untuk membeli spare part yang rosak. Bengkel takkan beli semua spare part serentak dan hal dan membeli spare part ni yang biasanya memakan masa.
Tengok video dibawah, apabila memerlukan khidmat towing, kol sahaja nombor dibawah.
selamat menonton.


Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...