Langkau ke kandungan utama

Detik Permulaan Menceburi Bidang Perniagaan part 1


Pengalaman Pertama Berniaga secara serius.

2009- Shisha

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jikalau penulisan ni agak kucar kacir kerana saya bukan seorang penulis pun. saja cuba2 je nak jadi bloger yang hantam sajalah labu,

Tetibe terkenang terkenang perjalanan hidupku yang berliku, bukan liku sikit2 bro.

teringat dulu2 apabila selepas grad degree dari UiTM Shah Alam 2009 dulu, masa tu masing2 kawan2 mencari kerja yang diingini,  akan tetapi adik aku ajak aku berniaga Shisha di bangi sek 15 masa tu.

Alhamdulillah masa tu perniagaan berjalan lancar dengan bersifukan pioneer shisha Malaysia cewahh.. nama dia org panggil Mayat, org Terengganu beb. dia lebih tua banyak dengan saya. pada masa itu sale kedai dia  di Cyberjaya bernama Dragon Shisha sehari boleh mencecah RM3000 sehari beb, masa itu idola betol kedai dia. aya dan adik daya banyak belajar dari dia, dari setting botol dan kebersihan kedai, cara melayan pelanggan semua lah kami belajar dari dia.

Selepas itu kami buat keputusan untuk membuka kedai kami sendiri bersasarkan tempat Student, pada masa itu kami masih tinggal di Putrajaya bersama mak ayah.Kami ulang alik bawak semua tu hari2 semasa berniaga dulu. Kami memilih untuk membuka di Bangi, sek 15. Kawasan ini amat dekat dengan UKM, KPTM, GMI, KLIUC dan ada lagi beberapa kolej swasta.

Permulaan pembukaan kedai tu, Kami setting, Kami yang Isap.. lawak btol masa tu, sampai pening2 isap shisha ehari berbotol2 untuk tunjuk kat org bahawasanya kamipenjual shisha pada masa itu. ni pun salah satu teknik marketing juga kan? masa tu mana tau guna fb ads nih. kami mempunyai jumlah botol yang banyak 50 botol boleh sekali jalan pada satu masa.

Alhamdulillah juga lah masa tu dalam tempoh 3 bulan sahaja, Sale pada masa itu mencecah RM1000 sehari. Agak kelam kabut juga nak menyediakan shisha 100 botol dalam sehari, dengan nak tuka arang lagi. buat berdua saja dengan adik. Balik umah kompom pitam terus. Masa tu bukak dari pukul 830pm hingga 500am (pagi). Lama kelamaan saya berhasrat untuk mengambil pekerja kerana waktu siangnya saya membeli stock shisha dan arang. Masa tu takde kedai shisha yang simpan semua stok, yang paling femes masa tu AL Faker dan menggunakan arang kiub. Pernah satu masa tu, beli arang Penuh satu kereta, lebih kurang 80 kotak sekali beli, sebab tak payah nak beli hari2 kan? Pendek kata, siang beli stock, malam berniaga pulak.




Ramai kawan2 dan pelanggan kami bertanyakan kerja kosong dalam shisha di kedai kami dulu, tapi kami memulih yang nak bekerja FULLTIME sahaja, kerana kerja ni penat, nnt siang hari korang terus padam nanti. Maklumlah, Bermain dengan arang dan melayan karenah customer.

Saya pernah mempunyai pekerja 6 org sahaja, takdelah ramai sgt, sebulan gaji pun takdellah besar rm1200 je masa tu. Bagi hostel makan dan minum ditanggung semasa bekerja lah. sale pada masa itu adalah dalam rm3000 sehari (kalau ada BOLA lah)

Bertahan lah hampir 2 tahun perniagaan tu, Pada masa itupun pengurusan kewangan lemah (sale tak masuk bank) hari2 tarik, gaji budak semua boleh bayar takde masalah. Masalahnya tak nampak duit tu membiak. Silap saya juga masa tu saya ada banyak Hobi, dengan RCnya, tukar enjin keretalah, saya sedar, tu kesilapan saya yang paling besar pada masa tu.

Sampailah pada suatu masa, saya dpt tawaran untuk jadi Pensyarah di Melaka, saya tanpa berfikir banyak terus setuju dengan tawaran itu. Saya terus meninggalkan perniagaan saya kepada adik saya pada masa itu.






Bersambung.... part 2

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...