Langkau ke kandungan utama

Detik Permulaan Menceburi Bidang Perniagaan part 2


Pengalaman Pertama Berniaga secara serius.

2011- Jual kereta

Disini saya nak sambung lagi kisah saya dan pengalaman saya dalam perniagaan. Saya cuma untuk menjual kereta  pula.

Selepas saya mejual shisha, saya dapat tawaran kerja sebagai pensyarah di International collage of yayasan Melaka. Saya berkerja di sana selama hampir 2 tahun. saya seronok bekerja disana akan tetapi saya merasakan sesuatu yang kosong dalam diri saya, mungkin saya rasa saya boleh pergi jauh lagi dengan jiwa yang ada. Cewah!!! Jadi saya membuat keputusan untuk berhenti kerja. Akan tetapi saya mempunyai satu lagi faktor punca saya berhenti kerja.

Sebenarnya saya nak kawin pada masa tu, saya berhenti kerja 3 minggu sebelum saya berkahwin. Ramai yang marahkan saya dan banyak menasihatkan saya kenapa buat keputusan untuk berhenti. Saya tiada jawapan untuk soalan itu beb. Jadi saya buat juga apa yang saya nak buat tu, setelah berhenti kerja, saya terus ke KL dan bekerja di WRC Sdn Bhd sebagai sales advisor disana. Banyak yang saya belajar dari sana.Mcm mana nak membuat order, ambil kereta, proses loan dan sebangainya. Disana tiada gaji basic, hanya bergantung pada sales atau komisen sahaja. Bahaya bukan? tapi saya buat juga, kerana saya nak belajar, belajar Marketing Offline.

Pada masa itu, pengalaman pertama saya menjual benda yang belom kompom org nak beli pun, bende pertama yang kena belajar adalah. BUANG MALU BEB, benda ni yang paling makan masa. Salah satu cara nak buang rasa malu adalah produk knowleadge beb. Sekiranya cust tanya kepada kita, kita kena jawab mcm petik jadi je beb. baru cust yakin dengan kita. Kalau tak mesti dorang akan cakap "boleh percaya ke mamat ni" muka kena konfident habis, malu buang jauh2, pakaian kena kemas, badan kena wangi ya bro, takkan kita nak dekat dengan cust badan kita bau tiak beb. automatik dorang lari beb.. hahahahahahaha..... percayalah.

Saya belajar dari kosong, mmg perih masa tu, duit makin kurang tapi sale tak dpt2 lagi. Saya bekerja disana 3 bulan beb takda gaji. Allah je lah tahu mcm mana perasaan saya masa tu, malu nak jumpa kawan, Facebook semua media social saya terpaksa tak aktif. segan ngan kawan2. Merendah diri semua ada.

Masa tu saya dah berkahwin beb. takda gaji, mcm mana tu...? saya ulang alik dari hentian kajang ke wangsa maju naik moto beb. hari2, mana kos makan nya, minyaknya.. Terasa seksanya masa tu. Selepas 3 bulan tu saya baru pecah telor org kata, dapat jual 4 bijik dalam bulan ke 4. Alhamdulillah, tapi lepas tu saya berhenti lagi dari coompany tu, saya lompat pula ke BAYANGAN DINAMIK Sdn Bhd di bangi. Dekat sikit saya nak ulang alik kerja kan? Alhamdulillah saya berjaya masa kerja disitu. saya boleh menjual lebih kurang 5 biji kereta dalam sebulan konsisten. Keuntungan masa tu agak banyak juga lah masa tu, sebiji kereta saya dapat komisen dalm 1.5k purata.

Langit Tak selalu cerah..

Selepas 2 Tahun, sale makin menurun kerana kegawatan ekonomi masa tu, bank susah nak luluskan loan, approval lambat dan macam2 lagi. Sampai satu tahap benda yang dulu tu jadi lagi, 3 bulan saya takde gaji kerana tak dapat jual kereta. sedih mula datang semula. Kebetulan bini saya suruh saya Apply kerja kilang sebagai sale exec di COMPOUNDING AND COLOURING Sdn Bhd pula.

Bermula episod makan Gaji pula...

Bersambung..





Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...