Langkau ke kandungan utama

Susah ke Melayu menjadi Vegetarian?

 Susah ke Melayu menjadi Vegetarian?

Kesedaran untuk menjaga kesihatan semakin meningkat dan pelbagai jenis diet diamalkan masyarakat, termasuklah diet vegetarian. Aku tahu, tak ramai org nak jaga badan ni. Tapi apa yang ok, ambil lah. Kalua taknak ikut, terpulang lah. Makan banyak2 lepastu tanya kenapa berat badan aku senang naik eh? Mantap soalan tu kan?

 

Cukup ke nutrisi yang diperolehi dengan memilih Vegetarian?

 

Antara sebab diet vegetarian menjadi popular ialah faedah kesihatan yang ditawarkan, seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

Vegan adalah seseorang yang tidak makan daging, termasuk daging lembu, ayam, atau ikan dan mungkin memilih untuk tidak makan produk haiwan lain seperti telur, tenusu, atau madu.

 

Namun, apa yang merisaukan adalah sama ada nutrisi dan zat yang diperolehi pengamal diet ini mencukupi memandangkan terdapat makanan berkhasiat yang tidak diambil.

Kenali khasiat terbaik bagi diet vegetarian yang sihat

Untuk memastikan diet anda merangkumi semua khasiat yang diperlukan oleh badan, perhatikan nutrien-nutrien berikut:

Kalsium dan vitamin D

Kalsium membantu dalam membina dan mengekalkan gigi dan tulang yang kuat. Makanan berasaskan susu dan tenusu pula mengandungi kalsium yang tinggi.

Walau bagaimanapun, sayur-sayuran berwarna hijau gelap, seperti lobak dan brokoli adalah sumber sayuran yang baik apabila dimakan dalam jumlah yang mencukupi.

Selain itu, bukan kalsium sahaja, malah vitamin D juga memainkan peranan penting dalam kesihatan tulang.

Vitamin B-12

Vitamin B-12 diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah dan mencegah anemia. Vitamin ini juga terdapat secara eksklusif dalam produk haiwan, yang boleh menyukarkan pengamal diet vegan untuk memperolehinya.

Pun begitu, kekurangan vitamin B-12 mungkin tidak dapat dikesan pada mereka yang mengamalkan diet vegetarian.

Ini kerana diet vegan kaya dengan vitamin folat, akan dapat menutupi kekurangan vitamin B-12. Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mempertimbangkan makanan tambahan seperti vitamin, bijirin yang diperkaya vitamin dan produk berasaskan soya.

 

Protein

Protein pula membantu mengekalkan kulit, tulang, otot dan organ yang sihat.

Telur dan produk tenusu adalah sumber yang baik, dan anda tidak perlu makan dalam jumlah besar untuk memenuhi keperluan protein tubuh.

Anda juga boleh mendapatkan protein yang mencukupi daripada makanan berasaskan tumbuhan.

Sumber tanaman yang kaya dengan protein termasuk produk soya dan pengganti daging, kekacang, lentil dan biji-bijian.

Asid lemak omega-3

Asid lemak omega-3 penting untuk kesihatan jantung. Diet yang tidak merangkumi ikan dan telur biasanya rendah dalam bentuk asid lemak omega-3 yang aktif.

Minyak canola, soy oil, walnut, ground flaxseed dan kacang soya mampu menjadi pengganti kepada sumber asid lemak penting.

Namun, kerana pemakanan omega-3 berasaskan tumbuhan boleh menjadi tidak mencukupi, anda mungkin boleh mempertimbangkan produk atau makanan tambahan yang diperkaya asid lemak omega-3.

Zat besi dan zink

Zat besi adalah komponen penting dalam sel darah merah. Kacang kering dan lentil, produk bijirin penuh, sayur-sayuran berdaun hijau gelap, dan buah kering adalah sumber zat besi yang baik.

Oleh sebab zat besi tidak mudah diserap daripada sumber tumbuhan, pengambilan zat besi yang disyorkan untuk vegetarian adalah hampir 2 kali ganda daripada yang disarankan untuk orang bukan vegan. Untuk membantu tubuh anda menyerap zat besi dengan lebih baik, makan makanan yang kaya dengan vitamin C, seperti strawberi, buah sitrus, tomato, kubis dan brokoli. Seperti zat besi, zink juga tidak mudah diserap daripada sumber tumbuhan. Keju adalah pilihan yang baik jika anda mengamalkan diet vegetarian yang membenarkan produk tenusu.

 

Lama-kelamaan, bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian, anda akan mula menyesuaikan diri dan meneroka jenis-jenis makanan baharu.

Diet vegetarian semestinya membantu anda hidup dengan lebih sihat. Walau bagaimanapun, nutrisi dan zat yang seimbang harus dititikberatkan!

Pada pendapat saya, sebagai org Melayu yang beragama islam, pilihan terletak kepada anda, sebenarnya penyakit kebanyakan datangnya dari makanan yang kita makan.

Cuma yang paling penting adalah, berhenti sebelum kenyang, makan seadanya. Saya tak suruh anda jangan makan makanan berdaging langsung. Kurangkan dari setiap hati, kepada seminggu sekali atau seminggu dua kali hidangan sahaja.

Kalau Berjaya mengawal nafsu makanan anda, saya percaya bahawa, nak turunkan berat badan ni bukan susah. Cuma nafsu hendak makan tu yang susah nak kawal. Heheehheeheh.

Kita boleh mengubahnya, makan berpada2. Jangan sampai nak bergerak pun tak boleh atau termengah mengah nak jalan. Jgn diamalkan selalu ya.

Semoga bermanfaat.


memperkenalkan produk vegetarian tapi sedap,



Cuba search dekat shopee
Taip
ahimsavegehealth (brg bukan frozen)
ahimsavegehealthfood (frozen)
KORANG KENA CUBA SOS CILI PADI DIA..
MMG TEKAK ORG KITA.. PEDAS GAK LA...
Jumpa di tiktok ya gaiz...
GROUP TELEGRAM AHIMSA
Semoga dipermudahkan urusan gais...
E business card..
Nak beli rumah, jual, refinance, tanah, kedai..
Boleh whatsapp
Nak buat roadtax kenderaan
Boleh whatsapp juga di...
Terimo kasih...
Direct kol den:
Link ado dibawah...
Website kokak ku.. (semua link ada disini)
Doakan Aku ya kawan² atau saudara yg kenal padaku
Kalau dulu² aku ade buat salah kat korang
Aku minta maaf.
aku hanyalah insan biasa,
yang ingin mencapai kejayaan.


 

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...