Langkau ke kandungan utama

Bangsa Lain Masakkan Makanan Untuk Kita, Korang Makan Tak?

Saya tahu, tak ramai antara kawan saya dalam media social ni yang bekerja dengan syarikat yang monority islam,

 

Pernah pada masa saya bekerja dengan syarikat ni,

Majority india, yang melayu nya hanya saya seorang..

Tak semua org ade pengalaman mcm ni tau..

pernah tu, syarikat cina, dekat office management saya dengan sorang lagi je yg melayu.

Kerja tu takde masalah, masalah sikit2 tu biasalah..

 

Tahan jelah, jgn jadi lembik… weakkkk

Hehehehehehe..

 

Dorang sering juga buat makan2 da..

mereka yang masak..

sekali Buat nasi kandar da…..

Ade ayam dan daging…

 

Kalau korang la, korang makan tak?

aku akan tanya dulu, ayam ni beli dimana?

Dekat Mydin lah…

Saya jawab, ok lah tu…

Saya jawab, janji jgn ada Binatang yang org islam tak leh makan, kira ok lah.

Jgn la masak biawak ke, ular sawa ke,

Mmg la saya tak makan.

Jgn yang anih2 saja lah…

 

Tapi kalau ayam ni, mana2 pun ada jual kan?

Janji mereka faham, org yang mereka nak pelawa ni, ade org islam,

Mereka kena beli di tempat yang halal lah.

 

Mungkin sebelum ni ada melayu yang kerja disini yang tak makan makanan yang dorang masak.

 

Mereka faham,

Pada yang tak biasa dengan situasi mcm ni, mesti cakap saya islam Madani, wakakakakakak

Saya bukan liberal,

 

saya pernah ternampak soalan ni dekat lawan web mufti wilayah.

 

Sama2 lah kita fahamkan, maksudnya,

Terdapat satu hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah R.anha, beliau menceritakan:

أَنَّ قَوْمًا قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ قَوْمًا يَأْتُونَنَا بِاللَّحْمِ لاَ نَدْرِي أَذَكَرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ أَمْ لاَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَمُّوا اللَّهَ عَلَيْهِ وَكُلُوهُ

Maksudnya: “Terdapat satu kaum bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya terdapat satu kaum membawakan kepada kami daging, kami tidak pasti adakah kaum itu menyebut nama Allah atau tidak (ketika menyembelih binatang itu). Maka Rasulullah SAW menjawab:

سَمُّوا اللَّهَ عَلَيْهِ وَكُلُوهُ

(Sebutlah nama Allah dan makanlah ia)”

Riwayat al-Bukhari (2057)

Imam al-Syaukani dalam syarahnya menyebut: ”Pada hadith ini menunjukkan bahawa segala perbuatan dan tindakan dikira sah dan selamat sehinggalah terdapat bukti yang menunjukkan ianya tidak sah dan batal.” (Lihat Nail al-Autar min Asrar Muntaqa al-Akhbar, 10/234)

Hadith ini juga menjadi kaedah kepada apa terselindung daripada kita, maka tidak perlu bertanya dengan terperinci mengenainya. Jikalau rakan yang memberi itu merupakan seorang muslim yang baik, maka terimalah dengan rasa syukur. Hal ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Anas RA:

أَنَّ امْرَأَةً يَهُودِيَّةً أَتَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَاةٍ مَسْمُومَةٍ فَأَكَلَ مِنْهَا

Maksudnya: Seorang wanita Yahudi pernah membawakan sepotong daging kambing yang telah diracun lalu Baginda memakannya.

Riwayat Muslim (2190)

Hadith ini sekalipun akhirnya Rasulullah SAW diracun setelah memakan daging pemberian wanita Yahudi itu, masih menunjukkan bahawa bolehnya menerima hadiah makanan daripada orang bukan Islam selagi mana makanan yang diberi itu ialah makanan yang halal. Jikalau hadiah makanan daripada orang bukan Islam pun boleh diterima, apatah lagi jika yang memberikan hadiah daging itu merupakan seorang muslim yang baik.

KESIMPULAN

Sebagai penutup, berdasarkan pandangan dan hujah yang dinyatakan, kami menyatakan bahawa harus untuk menerima hadiah daging serta halal untuk memakannya selagi mana ianya merupakan daging daripada binatang yang halal dan bukan daripada daging yang diharamkan seperti daging khinzir, anjing dan seumpamanya. Namun, perasaan risau dan takut syubhah terhadap daging tersebut seperti tatacara penyembelihannya atau penyediaannya merupakan sikap wara’ yang ada di dalam diri saudara.

 


Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...