Langkau ke kandungan utama

Masih Ramai lagi Yang Terkena Dengan Skim Cepat Kaya ni eh?

 

Dah Tahun 2023 dah, tapi masih ramai lagi yang masih terkena dengan skim2 melalut ni, pulangan 7% sebulan, wow!! Dia gini ja, takde jalan mudah nak beranak duit kecuali dengan kerja tulang 4 kerat ni ja.. takde sape nak bagi dividen 7% sebulan der.


Alih2 ape katanya? Akaun saya dah kena block sebab ada pelabur yang report akta AMLA. Jadi, duit kena beku dan tak boleh keluar. Salah korang la ni katanya, kenapa report? Awak tak boleh salahkan saya katanya, salahkan bank negara. Duit tu ada, tapi kena beku oleh bank negara..


Dah tahu sangat dah game ni, sama lah dengan Forex dan main kutu, mmg ada akta ya, org awam tak boleh ambil wang dari org awam dan melabur forex dan jadi ibu kutu. MMG SALAH, tak payah nak nafikan.

 

Kecuali,

Dia main forex dengan wang akaun dia sendiri, itu lain. Kalau kutu pula, cukup masa transfer direct kat penama yang dah diatur.

Tapi mana best main forex 10sen kan? Ambil lah duit org boleh labur 100 1pip..
baru boleh pakai lambohjini kan?

 

Nak kaya?

Zaman skrg ni, dapat teruskan hidup dah cukup Rahmat dah,

Serba serbi harga naik, teruskan hidup jangan berangan kuat sgt.

 

Nak bisness?

Kalau lembik takyah la buat, ko kerja jela makan gaji yang tetap tu.

Sikit takpe, janji tetap ada, pandai2 lah bajet nak hidup.

 

Nak beli ipong?

Kalau tiada keperluan, tak payah lah beli..

Ko bukan konten kerektor pun..

Pakai je bedmi, murah dan boleh la pakai utk konten dalam TT tu,

Ni beli ipong buh gambar duduk termenung buh lagu jiwang dan mengharapkan geng 5r utk like dan follow.

Kesian, tak fully utilities…

Beli utk ape? Tunjuk kat kawan?

 

Ramai aku tengok budak muda skrg kan,

Kerja biasa2ja, gaji minimun…

Tengok hp makkkk aiii ipong terbaru yang perooomakkk.

Nanti nak beli kereta @ rumah dah tak lulus sbb peromaxxx tu sebulan 500 lebih.

Seram aku tengok, mak ayah duk rumah sewa lagi,

Paham tak apa yang saya nak sampaikan?

 

 

Sedar diri, jgn buat kesalahan kewangan,

Nak recorverse bukan sekejap,

Makan tahun ya..

 

Aku cakap ni semua atas pengalaman sendiri,

Nasib baik ada bini yang sentiasa nasihat kat aku,

Itu tak perlu, ini lebih penting..

Aku ni cepat goyang gak…

Tahan lah juga napsu membeli tu..

Bukan takut bini tau,

Bini aku mata bulat tau, dia jeling je ketor satu badan…

Hahahahahaha…

 

Apa2 pun, hati2 dengan APA2 skima yang minta duit ni,

 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak labur..

Muflis lah anda diusia muda.

 

Tak percaya?

https://www.ngchanmau.com/

masuk, website ni, login dan korang tengok no ic penjual.

Kawasan yang sama, beli sampai 3 rumah, 5 rumah..

Dia dengar cakap siapa suh but mcm ni?

Website tu, website rumah lelong ya.

 

Budak muda skrg nak cepat kaya,

Mak ayah kita tak kaya pun boleh je hidup besarkan ko tu.

Kerja nak senang, gaji nak besar

Ermmmm…

Lagi satu, jgn pinjam ngan AHLONG

Len kali aku cita pasal ahlong ni,

Ada kawan terjerat.

 

Aku pun bukan senang dan kaya mana pun,

Cuma menikmati jelah hidup yang Tenang,

Tanpa terbeban dari benda2 yang tak perlu.

 

Kalau ada sambutan penulisan ni, aku buat video..

Kawan2 fb suka membaca dari tengok video..

Faham dah..

Bini aku mesti baca punya, dia suka membaca..

Aku buat video dia bukan tengok pun.

(dlm hati goyang gak)

hahahahahaha

 

Assalamualaikum.

 

 

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  💯  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  👉  tanpa geran original 👉  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj 👉  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat 🆓  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...