Bila korang beli sayur kan,
Korang nampak daun dia cantik jeeee, segarrrrrr je…?
Hati2 lah,
Kalau nak beli, cari yang kurang cantiknya daun itu,
Pasal apa ya?
Utk dunia pertanian dalam dunia in ikan?
Tanamlah apa2 pun,
Semuanya menggunakan racun serangga..
Tak kiralah Secara Kimia atau Organik..
Disini saya akan ceritakan penggunakan racun dalam
pertanian.
Untuk masalah
white fly?- Imidacloprid, white oil, carbosulfan,
acetamiprid, dll
Hama- Abamectin, amitraz, cholorfenapyl dll
kutu thrip- Deltametrin, hydrochloride, beta cyfluthrin, dll
Ulat- Carbofuran, emamectin benzoate, lambda cyhalothrin dll
Kulat - Mancozeb, definoconazole, copper hydroxide, dll
Jadi, kalau beli sayuran ke, buah ke…
Sebelum makan, rendam dulu makanan itu,
Lepastu, lalukan air bagi mengalir keluar..
Buat tak?
Kalau just basahkan air saja, tak efek mana pun..
Kena rendam.
Mcm mana saya boleh tahu?
Saya Petani le, Mmg kena pakai racun ni, kalau tak,
Mmg tak hidup sayuran dan buah ni..
Buah takkan lawa punya…
Kalau cili?
Hari ni racun, esok hujan…
Lusa kena racun balik ya.. sebab hujan..
Kalau tak hujan boleh seminggu 2 kali je.
Ko skip je, buah terus tak lawa…
Haaaaaaaaaa…
Ingat senang..
Sbb tu lah kena rendam dulu,
Dan selepas itu baru lah masak atau makan.
Jgn ingat makan makanan mcm ni TERpaling Sihat ya….
Efek dia bukan makan terus mati,
Sbb racun ni utk serangga,
Dia akan meracuni diri kita perlahan2..
Ini racun yang dibenarkan ya dalam Malaysia,
Ada lagi 2 atau 3 nama yang mmg dah diharamkan di Malaysia..
Namun…..
Produk sayuran dan buah itu masih diimport dari negara luar,
Dijual dalam Malaysia.
Pakai racun ni, dia masuk dalam system pokok,
Sekali racun saja, tahan 6 bulan.
Sbb tu kos mereka murah..
Kita? Ermmmmmm…
Renung2kan bye..
Pilih vegetarian otak tak kosong..