6 Cara untuk menilai
kebersihan kedai makan
1. Meja Makan
Bila kita ke gerai/restoran, benda pertama kita pasti sentuh adalah kerusi dan meja makan. Jika berminyak, dan ada sisa-sisa makan yang tak dibersihkan dengan betul di atas meja, begitulah juga meja penyediaan makanan di dapur mereka. Kain lap meja tu dah 3 bulan tak basuh ke, berbau…
2. Pengendali Makanan
Tengok pakaian mereka bersih dan tidak terlampau lusuh
laaa, jangan la kedekut bagi baju dekat staff, imej kot. Wajib pakai kasut ya,
jgn bagi Nampak kuku yg tidak dipotong tu, hilang selera makan pelanggan nanti.
3. Tandas
Pergi tengok tandas
premis, jika ianya kotor, mcm jamban tak siap, pipe cucian dah 15 tahun dan
berbau kurang senang. Baik ko blah, pengotor beb, tempat yg pelanggan boleh
excess pun dia tak jaga, inikan pula dapr yg kita tak boleh masuk.
4. Penggredan Premis
Makanan
Pihak berkuasa tempatan
(PBT) memantau dan memberi gred kepada premis makanan berdasarkan
kebersihannya: gred A (amat baik), B (baik) dan C (memuaskan). Maka pilih
premis makan yang bergred tinggi. Gred ni premis wajib kena pamer.
Ini adalah pengiktirafan KKM yang merangkumi 3 aspek, iaitu bersih, selamat dan sihat. Pengiktirafan ni, saringannya ketat. Kena pergi kursus, dipantau, jika melepasi piawaian, barulah diberi sijil BeSS. Restoran, gerai, warung, caterer, food truck pun boleh mohon BeSS. Yg ni jarang sikit kita Nampak, tapi kalau ada logo ni, premis korang mmg BEST.
6. Ulasan Pelanggan
Zaman sekarang ni, kebanyakan tempat makan ada geo-tagging,
dan disitu boleh letak ulasan(review). Bacalah review pelanggan lain tentang
tempat makan tu. Namun ingin diingatkan, review pelanggan ni kadang kala
subjektif dan tak berapa tepat.Ini kan, bukan cakap kosong saya tau.. setiap peniaga
yang berniaga berasaskan makanan ni, wajib ambil kursus pengedali makanan bagi
setiap orang yang mengendali makanan tau.. dan setiap pengendali makanan wajib
ambil suntikan typhoid setiap 3 tahun sekali selagi menjalankan aktiviti
tersebut. Semua ni terdapat di akta makanann 1983.
Jangan main terjah saja
kedai viral,
Konon sebangsa, mesti
bersih…
Tak tentu ya..
Ingat, pergi kedai makan,
tengok tandas mereka…
Hehehehehehehe…
Versi Video Pula.. ikut trend..