Langkau ke kandungan utama

Jenis2 Pelaburan yang Meleburkan duit Anda.


Sebab utama kita melabur adalah untuk memperbaiki kewangan ataupun untuk “duit xtra”. Namun, ramai yang kurang bernasib baik dan terjebak pula dengan penipuan pelaburan. Apabila ini berlaku, usahkan dapat buat duit lebih, malah rugi pulak.

Bagi yang tidak tahu betapa rancaknya penipuan pelaburan di Malaysia, pada tahun 2019 sahaja, seramai 974,301 individu mengalami kerugian mencecah RM3.8 billion disebabkan skim-skim penipuan ni.

Sebenarnya, di Malaysia ada undang-undang pengawalan aktiviti pelaburan, malah turut dipantau oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tetapi penipuan kewangan tetap tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Bagi yang baru nak berjinak dengan dunia pelaburan, ketahui jenis-jenis penipuan pelaburan yang popular di Malaysia berikut dan cara mengelak daripada ditipu:

Kalau tak pandai, JANGAN TUNJUK MUKA TAK BIJAK TU PADA DIA (scammer tu) dorang boleh bau tau, muka ada duit dan bodoh dan muka ada duit dan lagi bodoh. Dorang kenal tau. Saya bagi list jelah, nak huraikan jadi cerpen plak nanti.

1. Pelaburan matawang digital (Bitcoin)

Bitcoin adalah mata wang digital yang boleh dijadikan aset dan digunakan untuk pembayaran di dunia nyata. Berbeza dengan wang ringgit di mana pengeluarannya dikawal dan diselia sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia (BNM), bitcoin bersifat tidak terpusat. Pengeluarannya tidak dikawal oleh mana-mana pihak berkuasa.

2. Scam pelaburan emas

Alasan utama skim pelaburan emas menjadi pilihan utama rakyat Malaysia adalah emas merupakan aset pelaburan yang paling stabil dan tidak akan rugi walaupun negara berhadapan dengan krisis mata wang.

Macam mana nak tahu yang kita dah ditipu dengan pelaburan jenis ni? Kaedah penipuan paling senang: penjualan emas palsu. Contohnya skim ZenithGold (ZG) yang langsung tak mempunyai certified metal assayer signature pun.

3. Forex & Copytrade

Forex adalah singkatan perkataan foreign exchange. Pelabur mendapat keuntungan melalui forex trading atau aktiviti membeli mata wang. 

Yg ni baik belajar sendiri, dari bagi duit kat org utk diforexkan.. sampai masa nanti BNM beku akaun.. semua melopong. Main sendiri guna duit sendiri tak salah dari BNM.

4. Skim cepat kaya

Skim ni selalunya memangsa golongan bawahan termasuk warga emas. Penipu skim cepat kaya selalunya jenis manis mulut.

Cara penipuan adalah dengan menggunakan kaedah Multi-level Marketing (MLM) atau skim piramid. Taktik penipuan yang dijalankan masih lagi sama iaitu kadar pulangan yang tinggi dengan pelaburan yang kecil.

Pulangan yang dijanjikan tu sebenarnya duit pelabur baru dan bukannya keuntungan dari pelaburan sebab sebenarnya tidak wujud aktiviti pelaburan. Apabila tipu muslihat hampir terbongkar, atau skim piramid tersebut nak runtuh sebab ramai ahli berhenti atas alasan kekurangan duit atau tidak dapat untung, penipu akan mengaut semua duit yang ada dan melarikan diri.

Panjang lagi Nak hurai,

Satu ja nak pesan, skrg ni dah 2023, ramai org pandai dalam Malaysia ni, yang bijak pandai pun boleh terkena ni pasal ape? Mana ada easy money dalam dunia ni, kecuali buat benda salah…

haaaaaaaaaa…

Dalam ig tu.. tunjuk kekayaan, melancong..

Bisness takde, kerja perfesional takde.

Hidup senang, ade la tu benda salah dia buat.

Jgn senang sgt kena getah.

Bye. 

Catatan popular daripada blog ini

Jangan Guna 'Seat Belt Clip" sayangi nyawa anda.

Saya pernah tegur seorang pemandu, kenapa beliau gunakan "seat belt clip". "Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!" Masa tu, saya baru sahaja pindah ke tempat bertugas yang baru. Takkan baru seminggu jagung, nak terus tunjuk taring kan? Bagi yang kali pertama dengar tentang "seat belt clip", ia adalah suatu alat untuk "menipu" penggera tali pinggang keledar dalam kebanyakan kenderaan moden. Klipkan sahaja di ruang klip tali pinggang keledar dan bunyi bingit penggera akan hilang begitu sahaja. Hebatkan inovasi orang kita? Kita berjaya menipu sistem yang dibangunkan orang Barat. Kita berjaya jatuhkan Illuminati, Rockefeller dan Yahudi. Syabas! Ok, jangan jadi pembaris pergi percaya ayat akhir tu. Itu namanya Sarcasm. Tuan - tuan, perasan tak sejak kebelakangan ini banyak mangsa kemalangan jalan raya yang maut akibat tercampak dari kenderaan? Pada tahun 2017, ada satu kes kemalangan maut dimana pemandu tercampak keluar ...

Bidang Kreatif ni seronok dan best k? fikir dahulu...

  Bidang seni kreatif ni bukan mudah seperti disangka, dulu masa sekolah org berebut2 nak masuk ke bidang sains, namun kini tidak seperti dahulu. Pelajar skrg ada banyak pilihan dalam menentukan hala tuju bidang masing2, bidang kreatif juga tidak terkecuali. Semuanya berpunca dari pekembangan pengaruh media dan penggunaan internet, yang menyebabkan anak muda seperti berminat menceburi dalam bidang ini yang dilihat Fun dan santai Sahaja kerjayanya.   Btol k? meh sini nak terangkan.. 1.    Ko nak balik ontime?  Mana boleh.. kalau cari kerja yang work life balance, percayalah, bidang ini bukan untuk anda. Bidang kreaftif ni tak kiralah, grafik ke, penyiaran ke, penerbitan ke, semua nya berkait dan memerlukan kerja lebih masa dan bersengkang mata. Sbb tu, kalau dapat kerja tempat yang best dan establish la kan, dekat office mesti ada katil dan mempunyai pack 3 in 1 kopi yang banyak. Ot? Nasib la kalau boss bagi. Selagi boss kata balik, korang jgn ingat boleh balik. ...

Renew Roadtax Murah dan Pantas

INSURANS & CUKAI JALAN KENDERAAN TELAH TAMAT    ❔ ❓ ❔ ANDA SIBUK TIADA MASA  ⏳ ⌛ JANGAN RISAU MASALAH ANDA KAMI SELESAIKAN  πŸ’―  GERAN MASIH DI BANK KAMI BOLEH URUSKAN  ✔ RENEW ROADTAX TANPA GERAN  πŸ‘‰  tanpa geran original πŸ‘‰  tanpa perlu ke pejabat pos atau jpj πŸ‘‰  polisi & roadtax dihantar terus ke rumah atau pejabat πŸ†“  harga boleh runding sampai JADI Minat nak jadi egent roadtax reminder? Komisyen mudah tambah pendapatan. Link FB Page: https://www.facebook.com/roadtaxremindermalaysia/ website: https://roadtaxremindermal.wixsite.com/mysite Instagram: https://www.instagram.com/roadtaxremindermalaysia/ Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCdHDvc_gtwMgBPa-sx41ERw Blog: https://roadtaxremindermalaysia.blogspot.my/ Direct Whatsapp: http://www.wasap.my/+60196121511/roadtax # roadtaxremindermalaysia   # gelerikereta   # stancekajang   # stanceofficial   # proton #...