Jarak antara perdu 5kaki x5kaki
1ekar = 1200perdu
1perdu =20kg
1200perdu x 20kg = 24tan
(Anggaran kasar)
1 bag silaj (research sendiri ya apa itu silaj) 20kg RM10 sahaja.
1 tan hasil RM500 (lebih kuranglah)
24 tan x Rm500 = RM12,000 Seekar
Tempoh matang napier 45- 65 hari,
Bergantung pada cuaca dan penjagaan.
Kalau panas dan kering, lambat napier ni nak besar.
Akan tetapi, napier ni tak mati….
Haaaaaaaaa…
12k tu nampak banyak tak?
Sebenarnya tak banyak utk pertanian ni,
Banyak kos lain harus diambil kira,
Benih napier pun boleh dijual,
Sebatang napier = 5 benih
1 perdu 3 batang =15 benih
15 x 1200 = 18000 benih
1kg benih napier boleh dapat 10-15 benih
Harga market dalam RM5-15
Kita ambillah RM8 sekilo
18000/12 = 1500kg x RM5 (Habis malas fikir dah tu)
= RM 7500 hasil benih.
Hasil benih dan hasil tuaian berlainan ya,
boleh campurkan…
Jgn ingat mudah, banyak lagi kos yang harus dikira,
Jgn cepat sangat terpengaruh…
Tapi figure ni btol…
Yang tak btol, semangat anda,
Boleh kena panas hari2 ke?
Tak boleh?
Tak payah la nak mengada.
Membazir duit ja…
dari buang duit, baik bagi ja saya...
'nah helmi, saya nak buat ni, tp kompom tak jadi punya..'
ambiklah, sbb saya takleh kena panas...
haaaaaaaaaa